Wednesday 22 October 2014

Pendidikan khas - kerencatan akal

Assalamualaikum uolls...
Lama dah tak tulis apa-apa dalam entry ni, haa today iolls want to share about pendidikan khas. Apa yang iolls tahu laa setakat apa yang dipelajari sekarang. aha, iolls ni student lagi sayang-sayang. Iolls study about special edu hee.
     Wait... Iolls actually want to share my slide about 'kerencatan akal' and some info about 'masalah kesihatan'. I just want to update my slide and enjoy when study about it. It just a simple slide but in sya Allah can help uolls learn about it.
Definisi kerencatan akal
Ciri-ciri kerencatan akal
Punca kerencatan akal
Keperluan bantuan
     Semoga pekongsian yang dibuat dapat membantu uolls dalam pelajaran and uolls mendapatkan info yang in sya Allah dapat membantu. aha sampai disini je laa for today. Have a nice day uolls :)

Friday 10 October 2014

Long Distance Relay or LDR

Hey hey hey!
Uolls penah alami long distance relay tak? Alaa... Fall in love? Mesti pernah kan? Mengaku je.. Don't shy shy cat aha

     Uolls tahu tak long distance relay tu apa? Bukan long slow distance tapi long distance relay alaa hubungan jarak jauh gitu. Haa... Nampak tak? Pakwe or makwe uolls... Husband or wife and for sure your family right? Uolls belajar jauh-jauh dari family mesti rindukan theyolls kan?

     Long distance relay ni definitely risky, and if uolls are unfortunate enough to be far away from other, the prospect of potentially ruining uolls punyer relationship can seem daunting. Just because long distance relationships are difficult, doesn't mean they're impossible. Simple adjustments to your attitude and lifestyle can help you keep your loved one in your life.



     If uolls alami benda just try untuk bersabar and terima apa seadaanya. Even iolls know yang LDR ni memang painful giler but what we can do right? Kalau dia jodoh kita tak ke mane kan? Aduii berjiwang pulokss aha. That's all for now, tata aha *entah merapu laa aduii* ahh

Friday 26 September 2014

Inai Hommade

Olla!
In this entry, today i would like to share about "Inai Hommade"


Haa.. Now trend memakai inai dah merebak! Mesti uolls nak pakai jugak kan? Teringin? Apa tunggu lagi aha macam orang jual ubat pulak. Dulu pengantin aje yang pakai inai sebab nak nampak cantik, kemas and ada lah. Hanya bakal pengantin, pengantin lama and certain people aje yang tahu why need pakai inai kalau nak kawin hee ,tak boleh nak bagitahu hmm *nak kawin tahu laa*. 

Then dulu kalau nak pakai inai, kenalah pergi belakang or tepi rumah sebab nak ambil daun inai. Susah kan? Then kene tumbuk bagai. But now, tak perlu buat camtu dah. Uolls cuma perlu keluarkan duit sikit to order and buy "Inai Hommade" aje. Pakai dijari and nampak hasilnya. Try now.

Alaa... Tak mahal pun inai ni, macam-macam colour lak tu yang ada. Kalau inai daun ada one colour aje. Pink ,Merah, Marron and hitam pun ada. Tunggu pilih aje. 


Inai Hommade ni senang pakai ala-ala inai daun aje and tahan lama tau uolls. Wait! Harga RM10 aje. Murah kan? Trust me! My friend yang jual this Inai Hommade, kalau nak order pun boleh. Sangat dialu-alukan :)


Satu bekas inai ni boleh pakai 6-10 orang tau kalau pakai ramai-ramai but kalau pakai sorang-sorang boleh tahan sampai dua bulan. Uolls know why? Sebab inai hommade ni macam inai daun biasa aje. Bile kuku dah panjang dia hilang sebab weolls kan potong kuku. Iolls dah pakai ,trust me. Cantik mantop ko memang da boom lah aha.

Inai Hommade ni kan, actually it's 100% safe because there's no mercury and axion. Boleh buat semayang doo... In sya Allah takperlu risau. No peels tau haa... So how? Berminat? Boleh aje lawati this link untuk maklumat lanjut, http://yooying.com/fadyla_hazimie

Wednesday 24 September 2014

Contoh Refleksi Kemahiran Belajar (PPISMP)

REFLEKSI KEMAHIRAN BELAJAR


     Kemahiran belajar merupakan subjek yang dipelajari untuk mendekatkan diri dengan teknologi yang semakin canggih kini. Pendapat tradisional yang dikutip dari Sadiman (2003:2), belajar ialah aktviti yang dilakukan untuk menambah dan mengumpulkan sejumlah pengetahuan manakala munurut Kamus Dewan Bahasa (Edisi ke-3), kemahiran ialah kecekapan atau kepandaian. Tambahan pula, menurut Abdul Razak Habib (2002), kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperolehi hasil pembelajaran tertentu. 

     Kerja kursus projek Kemahiran Belajar yang diperoleh adalah membuat ‘Blog’ dan pembentangan menggunakan ‘Slide Master’ dalam mana-mana aplikasi Powerpoint tetapi biasanya aplikasi Microsoft Powerpoint adalah yang mudah untuk digunakan. Kerja kursus yang diperoleh ini membantu saya supaya tidak ketinggalan zaman dengan arus teknologi yang semakin pesat ini. Sebelum mendapat kerja kursus ini, saya telah mempelajari bagaimana untuk membuat Blog dan Slide Master daripada pensyarah yang berdedikasi. Melalui kerja kursus ini, saya dapat mempelajari dan membuat Blog serta Slide Master walaupun sebelum saya belum pernah terlintas untuk mempelajarinya sebelum ini. 



     Blog adalah satu aplikasi yang asalnya adalah seperti forum yang digunakan bertujuan untuk politik tetapi lama-kelamaaan blog digunakan untuk menyampaikan maklumat dan berita. Tetapi kini blog dijadikan sebagai tempat untuk menjana pendapatan, menyampaikan ilmu, berkongsi cerita atau pengalaman dan sebagainya.

     Blog sebenarnya adalah singkatan daripada perkataan “Web Log” iaitu sama seperti buku catatan atau buku log namun blog adalah aplikasi atas talian atau dikenali sebagai “online”. Blog dapat digunakan untuk pelbagai tujuan sama ada untuk perkongsian atau untuk mendapatkan keuntungan. 

     Kerja kursus projek membuat Blog dapat membantu saya berkongsi maklumat tentang apa sahaja yang saya pelajari di Institut Pendidikan Guru dengan semua orang termasuklah orang yang tidak mempunyai Blog iaitu sebagai ‘silent reader’ sahaja. Selain itu, maklumat yang dikongsi bukan sahaja berkait dengan silibus setiap mata pelajaran tetapi segala yang berkait dengan kehidupan yang dipelajari dapat dikongsikan bersama. Kadang kala, guru berkongsi cerita hidupnya yang mempunyai pelbagai pengajaran di dalam kelas dan saya dapat kongsikan dengan orang ramai melalui blog. 

     Saya juga dapat menambah kenalan sama ada yang menuntut di pusat pengajian yang sama atau tidak. Kenalan yang dikenali di dalam aplikasi ini dengan kenalan yang dikenali di pusat pengajian adalah orang yang berbeza dan sudah pastinya mempunyai buah fikiran dan idea yang berbeza-beza. Oleh itu, saya dapat mengembangkan pengetahuan dan ilmu saya dengan bertukar-tukar pendapat dan berbincang di dalam aplikasi ini kerana aplikasi ini menyediakan kolum untuk menghantar komen. Aplikasi ini juga terus ke email kita, jadi kita dapat berkongsi idea melalui email dan ia dapat menyenangkan kita dalam mengembangkan idea yang ada secara atas talian.

     Dalam pada itu, Blog membantu saya dan pengguna Blog lain dalam melakukan setiap kerja dengan mudah dan cepat. Jika kita membantu orang lain, sudah semestinya orang lain akan membantu kita juga. Jika saya mempunyai sebarang persoalan, saya boleh bertanya terus kepada pemilik Blog tersebut tanpa mencari jalan penyelesaian yang susah dan sukar. Sudah semestinya persoalan itu akan terjawab dengan terang lagi bersuluh oleh sesiapa sahaja yang ditanya jika mereka mengetahui tentang perkara tersebut. Saya dapat menyiapkan kerja saya dalam masa yang ditetapkan dan kerja saya mempunyai maklumat yang lengkap seperti apa yang diminta oleh pensyarah kerana segala persoalan terjawab kerana dibantu.

     Saya juga dapat berkongsi pengalaman saya ketika ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Saya dapat membantu pelajar lain yang ingin melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan Guru kerana saya sudah mengalami proses tersebut seperti menghadiri ujian kecergasan, temuduga dan sebagainya dengan memberitahu sedikit sebanyak daripada pegalaman yang telah saya tempuhi. Saya dapat berkongsi soalan-soalan yang pernah ditanya di dalam temuduga terbuka atau tertutup dan bagaimana proses tersebut berlaku. Saya juga dapat memberikan tips yang bermanfaat dan berguna kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terutama ketika ingin menghadiri temuduga yang diadakan dimana-mana sahaja dan pelbagai jenis temuduga yang ada.

     Selain itu, melalui blog saya dapat mengembangkan kepakaran saya berniaga. Saya dapat berniaga secara atas talian. Jadi, saya dapat menambah pendapatan saya di samping masa saya juga dapat diluangkan dengan perkara-perkara yang berfaedah mengikut minat saya. Oleh itu, orang ramai dapat membeli apa sahaja secara atas talian tanpa perlu ke kedai kerana kesuntukan masa. Dalam pada itu, saya dapat berniaga apa sahaja yang saya inginkan tanpa mengeluarkan duit yang banyak untuk menyewa kedai dan membeli peralatan untuk berniaga kerana perniagaan secara atas talian ini hanya dijalankan dirumah sahaja.

     Tambahan pula, saya dapat berkongsi pelbagai aneka resepi sama ada lauk-pauk, kek, kuih dan air dengan pembaca lain. Resepi yang pelbagai dapat saya kongsikan kepada pembaca lain kerana saya suka memasak dan minat memasak saya dapat saya kongsikan dengan orang lain selain mengembangkan minat saya ini tanpa halangan daripada sesiapa sahaja. Saya perlu mempelbagaikan penulisan saya untuk mengelak pembaca berasa bosan berada di dalam blog saya. Blog yang mempunyai pelbagai maklumat akan menjadi tumpuan ramai pembaca dan impian saya untuk berkongsi apa sahaja dengan orang ramai menjadi kenyataan. Saya dapat membantu pelajar, suri rumah dan orang awam dengan hanya membaca blog saya.

     Blog yang mempunyai gambar yang banyak menjadi pilihan utama daripada blog yang hanya mempunyai perkataan sahaja. Hal ini kerana, pembaca lebih meminati blog yang mempunyai gambar yang lebih menyenangkan dan menarik. Perkara ini dapat menarik pembaca sama ada kanak-kanak, dewasa mahupun yang telah berumur. Blog yang mudah difahami adalah lebi baik berbanding blog yang mempunyai ayat yang berjela-jela tetapi isinya hanya sedikit sahaja.

     Slide master merupakan perisian yang terdapat di dalam Microsoft Powerpoint dan atau mana-mana aplikasi lain yang berkaitan dengan powerpoint sahaja. Slide Master merupakan aplikasi yang digunakan untuk membuat slide. Slide Master adalah aplikasi yang sama sahaja dengan slide biasa yang terdapat di dalam Microsoft Powerpoint ini. Walau bagaimanapun, penggunaan Slide Master adalah lebih cantik daripada slide biasa kerana Slide Master mempunyai banyak kelebihan.



     Slide Master adalah salah satu aplikasi yang boleh digunakan untuk memudahkan apa sahaja kerja yang berkaitan dengan penggunaan slide. Slide Master membolehkan kita membuat slide mengikut citarasa sendiri dan jika tidak berpuas, hati kita boleh menyuntingnya  dengan lebih mudah berbanding dengan slide biasa. Saya dapat mempelajari serta membuat Slide Master yang sangat sempurna dari segi kandungan dan keseluruhannya tanpa mengambil banyak masa. Saya juga dapat menyunting slide saya tanpa perlu mengganggu slide lain.

     Penggunaan Slide Master adalah merupakan penggunaan yang giat digunakan oleh sesiapa sahaja yang tahu menggunakannya kerana penggunaan Slide Master akan menyerlahkan kredabiliti kita sebagai seorang bakal pendidik. Hal ini kerana, penggunaan Slide Master adalah lebih cantik dan kemas berbanding dengan penggunaan slide biasa. Selain itu, segala kerja yang berkaitan dengan powerpoint yang menggunakan Slide Master nampak lebih professional dan amat menarik perhatian. Kehebatan kita juga terserlah apabila kita melakukan pembentangan di hadapan guru-guru atau apa-apa sahaja aktiviti yang berkaitan dengan sekolah.

     Pembelajaran di dalam kelas juga tidak ketinggalan untuk menggunakan Slide Master sebagai bahan pengajaran. Murid-murid tidak akan mengantuk dan bosan dengan pengajaran yang kita cuba sampaikan. Pengajaran yang disampaikan menarik dan akan menjadikan kita seorang guru yang berjaya mendidik anak-anak murid kerana mereka tidak membuat hal di dalam bilik darjah. Hal ini terbukti bahawa apabila menggunakan Slide Master semasa membuat pembentangan di dalam kelas, rakan seperjuangan lebih menumpukan perhatian berbanding sesiapa sahaja yang menggunakan slide biasa. Slide Master lebih menarik berbanding slide biasa kerana kita dapat mencipta slide yang mempunyai tema yang menarik dan tersendiri yang tidak membosankan.

     Penggunaan gambar yang menarik, memasukkan video, muzik dan sebagainya di dalam Slide Master dapat membantu guru terutama guru tadika, guru pendidikan khas dan guru sekolah rendah untuk menarik minat murid-murid untuk belajar. Pemahaman yang mantap diperolehi kerana slide yang dibuat adalah ringkas tapi padat dengan pengisian dan mudah difahami dengan menggunakan gambar sebagai panduan yang jelas. Imaginasi murid-murid boleh berkembang dengan baik dan otak serta pemikirannya dapat berkembang dengan pesat.  Penambahan gambar, video dan muzik lebih elok menggunakan slide master berbanding slide biasa kerana kesan daripada slide master adalah amat elok berbanding slide biasa. 

     Pengajaran menggunakan Slide Master adalah lebih mudah dan berkesan berbanding pengajaran menggunakan papan hijau atau papan putih. Zaman sekarang adalah zaman berteknologi tinggi, oleh itu kita hendaklah memanfaatkan teknologi demi kepentingan bersama terutama dalam mendidik anak bangsa yang akan menjadi pemimpin kelak. Penggunaan slide master lebih berwarna-warni dan dapat mengakses mana-mana pautan dengan mudahnya. Jikalau pada zaman dahulu, kita hanya menggunakan papan hijau atau putih yang hanya menggunakan pen papan putih yang hanya berwarna hitam, biru dan merah sahaja. Kini, kita menggunakan ‘Smart Board’  dan dapat memancarkan slide master yang dibuat. Kita dapat menconteng slide yang telah dibuat tanpa memberi apa-apa kesan kepada slide lain mahupun slide tersebut.

     Jika kita terlibat dengan kursus atau memberi ceramah kepada pelajar atau guru-guru lain, kita juga boleh menggunakan slide master untuk menarik minat semua orang. Minat bukan hanya ada pada kanak-kanak tetapi sifat itu sudah pasti ada dalam diri setiap orang sama ada tua atau muda. Kursus dan ceramah bukan perlu disampaikan dalam bentuk yang mendayu-dayu dan membosankan tetapi sebenarnya perlu disampaikan dalam bentuk yang mudah diterima pakai. Hal ini kerana, dalam menyampaikan sesuatu ilmu, kita hendaklah mencuba sedaya upaya supaya ilmu yang disampaikan dalam dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja untuk ke arah kebaikan didunia dan akhirat. Oleh itu, dengan menggunakan Slide Master kursus untuk menyampaian ilmu yang dijalankan telah berjaya jika semua orang menumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang diterangkan.


     Teknologi terkini amat canggih kerana negara sedang berada di dalam proses membangun. Teknologi amat penting tetapi kita tidak boleh hanya melihat sebelah mata sahaja kerana teknologi kadang kala membawa masalah. Jika saya tidak mempunyai internet dan komputer, saya tidak dapat membuat Blog dan Slide Master kerana ketdua-dua aplikasi ini memerlukan kedua-dua alatan yang berkait dengan teknologi itu. Oleh itu, kita hendaklah mempunyai alatan yang utama bagi membuat Blog dan Slide Master.

     Kini, teknologi tidak membataskan segala-galanya kerana dengan teknologi kita dapat mengembangkan kepakaran serta menjadikan hidup kita lebih teratur, kemas dan profesional. Blog dan Slide Master adalah antara aplikasi yang terhasil akibat pertembungan teknologi dengan pelbagai negara. Teknologi yang ada kini dapat membantu kita teruatama dalam bidang pendidikan dan kehidupan seharian. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan dimana-mana sahaja sama ada secara atas talian ataupun secara berhadapan asalkan ilmu yang ingin disampaikan sampai pada sesiapa sahaja yang diingini. 

     Kita tidak memerlukan duit yang banyak untuk berkongsi ilmu tetapi kita hanya memerlukan idea dan ilmu yang mantap supaya ilmu yang dikongsi bermanfaat kerana penghasilan blog dan Slide Master tidak dikenakan sebarang bayaran. Penggunaan blog dan Slide Master amat berguna kepada saya kini sebagai seorang pelajar dan untuk masa akan datang apabila sudah bergelar seorang guru.

APA format (Rujukan & Bibliografi)



Hello guys...
We meet again in other topic that is 'APA Format'
 
APA Format (Rujukan & Bibliografi)

Contoh yang menggunakan APA format

As we know, every assignment yang memerlukan 'rujukan' or 'bibliografi' perlu menggunakan APA format / format APA. APA itu apa? Confuse and blurr bagi yang pertama kali dengar tentang benda ini. (Sorry, I use manglish) 

Semua kerja yang melibatkan rujukan yang dimasukkan dalam teks, samada sumber rujukan itu telah diterbitkan atau tidak hendaklah direkodkan. Sebagaimana sistem Harvard, menulis nota rujukan gaya APA juga mengambil kira sumber rujukan atau bahan samada buku, jurnal, tesis, laman Web dan sebagainya.

CONTOH

Buku

Buku: Tiada Pengarang
A World of Strangers: Order and action in urban public space.(1999).2nd.ed. New York: Basic Books.

Buku:Seorang pengarang
Lofland, L.(1999). A World of Strangers: Order and action in urban public space. New York: Basic Books.

Buku : Dua Pengarang
Lofland, L & Taylor, I (1999). The New Criminalogy: For a social theory of deviance. New York: Harper & Row

Buku: Tiga Pengarang
Lofland,L., Young, J. & Taylor, I (1999).The new criminology: For a social theory of deviance. New York: Harper & Row

Buku: Lebih dari tiga Pengarang
Lofland, L., et.al (1999). The new criminology : for a social theory of deviance. New York: Harper & Row.

Buku Terjemahan
Rank. O. (1932). Psychology and the soul ( William Turner, Trans.) Philadephia: University of Pennsylavania Press.

Buku dikarang oleh Badan Korporat
Commision on intergoverment relations (1995). Report to the President. Washington, DC: Author. Committee of public finance. (1999). Public Finance. New York:Pitman

Buku Yang disunting
Friedman, R.J., & Katz, M.M. (Eds.) (1974). The psychology of depression: Contemporary theory and research. New York:Wiley.

Manuskrip yang tidak diterbitkan
Hardison, R. (1983). On the shoulders of giant. Unpublished manuscript

Artikel dari Majalah
Klinger, E. (2000, August). The power of daydreams. Psychology Today. 36-44. Shuttle crew studying ozone layer in atmosphere. (2000, April). Time. 34

Artikel dari Akhbar
Mohammed Azam Noor. (1999, 3 july).’Why Ziana Zain as literary person for 1998?’ .New Straits Times : 25

Artikel dari Jurnal
Herrington, A.J. (1998) The prototype as a construct in abnormal psychology. Journal of abnormal psychology, 90, 575-585.

Tesis
Abdul Rahman Abdullah (2009). Kompetensi Komunikatif dan Strategi Komunikasi Bahasa Arab di Kalangan Pelajar Sek. Men. Keb. Agama di Negeri Selangor. Tesis Doktor Falsafah: Universiti Malaya.

Doctoral Dissertation
Smith A.B. (1999). Anlysis of interaction process and sociometric relatins developed during theraphy with offenders on probation. :Unpublished doctoral dissertations. New York: New York University.

Seminar/Proceeding
Ali Hanafiah, Datuk & Tun Shah Ashari. (12-17 August 1999). ‘The effect of DNA testing on convicted felons in Malaysia’. In Proceeding of the International Seminar on DNA Testing and Their Effects on Human Beings. Kuala Lumpur

Kertas kerja persidangan
Sheehan, W.J. (1999, April). Wicked as hell itself:women in prisons of Georgian London. In the meeting of The Academy of Criminal Justice Sciences. U.K. : Georgia.

Laporan
Organization for Economic Cooperation and Development. (1983). Assessing the impacts of technology on society. (Report). Washington DC: U.S.G.P.O.

Kaset Audio
Kenny, G. (producer & singer). (1996). Kenny G the moment [cassette]. New York: Arista Records, Inc.

Filem / Pita Audio
Habsah Hassan (producer) & Othman Hafsam (director). (2000). Soal Hati [Film]. Kuala Lumpur: Serangkai Film Sdn Bhd.
Capra, F. (Director & Producer). (1934). It happened one night [Film]
Capra, F. (Director & Producer). (1999). It happened one night [Videocassette]

Bahan Permainan
Chess Set (1999). [Game] Selangor, Malaysia: Syarikat Perusahaan Plastik Ban Tong Sdn. Bhd.

Peta
Derbysgire, E. et al. (2000). Glacier map of Tasmania. [Map]. London: Royal Georgraphical Society.

Gambar Potret
Rembrabdt. (1999). Two dancers on a stage.[Portrats]. London: National Gallery of Art.

Bahan Relia
Human development models. (2000). [Realia]. Philadelphia: DCA Educational Products.

Temuramah
Mahathir Mohamed (1999, April 20). Prime Minister Malaysia. Personal Interview. Kuala Lumpur.

Mikrofom
James, William. (2000). The principles of psychology.[Microform]. 2nd.Ed.Los Angeles: University of Southern California.

Program televisyen
The haze in Malaysia: impact on tourism. (2000 Disember). Majalah 3. With Norazlina Ridzwan. TV3. Damansara, Selangor: Sistem Televisyen Malaysia Berhad.

Alat mudah alih-CD-ROM. Eg :BPO, GPO, IEEE.

On line-INTERNET
Clinton, J.E. (1999) September). Malaysian justice on Trial. E. Journal. 4(4): 12-15. Retrieved October 21 2000, from the World Wide Web: http:www@babyrib.clnt.gov.com

E-mail

Day, Martha. Mday@usage.uvm.edu. (30 Julay 1999). Review of film---Chicken Run. E-mail to Xia Li (XLI@moose.com).

#http://amaniresearch.blogspot.com/2011/03/penulisan-bibliografi-format-apa-sistem.html

Brosur

Assalamualaikum and welcome to my new entry...
Haa... pernah tak kene buat or dapat assignment yang kene buat brosur? So, let's find it out kat mane boleh buat brosur and i will give mine as a references uolls, don't worry :)

Menurut Kamus Besar Indonesia (KBBI), brosur merupakan bahan informasi tertulis mengenai suatu masalah yg disusun secara bersistem. Brosur merupakan cetakan yang hanya terdiri atas beberapa halaman dan dilipat tanpa dijilid serta selebaran cetakan yg berisi keterangan singkat, tetapi lengkap.

Format brosur boleh je cari dengan Mr Google or others aplication yang related dengan pembuatan or format brosur. Besides, uolls boleh gunakan Microsoft Publisher je bagi Microsoft officer's user. Sorry guys, sebab iolls tau yang Microsoft officer je sebab iolls salah sorang usernya. Microsoft Publisher merupakan application yang famous antara others application. Macam-macam design ada. Ni logo dia:

But, don't worry... Uolls boleh je mintak dengan Mr Google. Macam-macam dia ade, cantik-cantik pulak tu. Uolls boleh edit sesuka uolls aje asalkan tahu macam mana nak gunakannya. Uolls tanya aje Mr Google, macam-macam keluar. Nak design camne pun uolls dapat.

One of iolls punyer assignment, iolls kene buat brosur. Itu la first time buat brosur, jadi hasilnya taklah seberapa and very simple. Paging brosur ni uolls kene tau format dia takut tersalah je. Tapi iolls want to share my first brosur maybe boleh kasi idea kat uolls. Sorry kerana tak seberapa :) Semoga bermanfaat

Page 1

Page 2

Tuesday 23 September 2014

Latihan Fartlek

Assalamualaikum w.b.t and morning
I would like to share about this uolls, have fun :)
 
LATIHAN FARTLEK


Antara contoh latihan fartlek
 
Latihan fartlek ialah ‘speed play’ adalah sejenis latihan daya tahan yang telah mula diperkenalkan di negara Sweden. Walaupun ianya mirip kepada latihan jeda tetapi aktiviti latihan ini lebih menekankan kepada pembinaan kepantasan atlet. 
 
Latihan ini merupakan aktiviti yang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan pelbagai tahap kelajuan, seolah-olah bermain dengan kelajuan di pelbagai permukaan tanah yang berbeza. Latihan ini boleh dilakukan dimana-mana sahaja atau tempat yang mempunyai permukaan tanah seperti pasir, rumput, bukit dan jalan raya.

Tujuan latihan fartlek bukan hanya untuk meningkatkan daya tahan kardiovaskular, tetapi mampu mengelakkan kebosanan kerana kita melakukan pelbagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. Ia sesuai dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa mengikut umur.

Objektif latihan
  1. meningkatkan daya tahan kardiovaskular
  2. membina dan meningkatkan kepantasan

Prinsip latihan
  1. Latihan fartlek merupakan satu corak latihan bebas di mana jarak dan masa tidak  dipentingkan. Atlit adalah bebas untuk menentukan jarak dan kadar kederasan sendiri.
  2. Kadar intensiti latihan mestilah ditingkatkan secara progresif dari satu masa ke semasa.
  3. Masa rehat untuk aktiviti larian kepantasan dipenuhi oleh rehat aktif seperti berjalan, jogging dan berlari langkah panjang (striding).
  4. Aktiviti-aktiviti rehat aktif ini akan bermula kembali dengan memulakan larian kepantasan.
 Aktiviti Fartlek

Larian perlahan atau larian pecut
 
Larian langkah panjang (striding)
 
 Naik turun tangga atau naik turun bukit

Berjalan (pelbagai cara)


Wednesday 17 September 2014

Kemahiran Mendengar

Assalamualaikum w.b.t
I'm new here but i'm trying to share everything that i learn at Institut Pendidikan Guru and hope i can help uolls :)

KEMAHIRAN MENDENGAR

Tujuan Mendengar:
  • Membolehkan murid-murid berbual untuk menjalinkan hubungan serta menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kretif dan juga kritis
  • Dapat memahami maksud serta boleh mentafsir apa sahaja yang didengar itu dengan tepat
  • Mengenal pasti ‘mood’ penutur, suasana, dan keadaan/ konteks
  • Membantu pelajar memperbaiki kemampuan dari segi penggunaan bahasa dengan lebih baik lagi 
  • Dapat menumpukan sepenuh perhatian dan memahami apa yang disampaikan oleh guru semasa pengajaran di dalam kelas
  • Melakukan arahan/tindak balas
 Faktor yang mempengaruhi keupayaan mendengar:
     1.  FIZIKAL 
  • Murid yang normal dapat mendengar dengan sempurna 
  • Tetapi peringkat kemahiran ini berbeza antara setiap individu 
  • Ada yang tajam pendengarannya dan ada pula yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam cacat pendengaran
     2. JANTINA
  • Terdapat perbezaan kemahiran mendengar antara kanak-kanak lelaki dengan    kanak-kanak perempuan 
  • Misalnya kanak-kanak lelaki yang berumur antara 7-9 tahun lebih lemah kemahiran mendengar mereka berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya
     3. GANGGUAN BUNYI
  •  Bunyi bising boleh mempengaruhi kebolehan mendengar
     4. STATUS SOSIOEKONOMI
  • Latar belakang keluarga, kemudahan di rumah, interaksi antara ahli keluarga mempengaruhi kebolehan mendengar dan emosi kanak-kanak 
  • Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar
     5. MENTAL
  • Kemahiran mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk mendapat tindak balas 
  • Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mendengar mereka
Aktiviti mendengar terbahagi kepada dua iaitu: 

     1.  Mendengar untuk mengenal pasti pelbagai 
          bunyi bahasa
  •  Mendengar dan menyebut perkataan secara latih tubi 

         Contoh:

ladang - padang
pantai - pandai
lali - lari
galah - kalah
  •  Latih tubi pemintal lidah 
         Contoh:

              1.Pandang pandan depan padang

             2.Letak tulang atas dulang

             3.Berat beras dua belas kilo

             4.Red lorry yellow lorry

  • Memadankan perkataan dengan gambar
          Contoh:
                       Tuliskan huruf A, B atau C dalam ruang di 
                       bawah gambar yang sesuai
                       A = buku
                       B = kuku
                       C = duku

      2.  Mendengar untuk memahami dan bertindak 
         balas
  • Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas ringkas
          1.Melakukan pergerakan mengikut arahan
            2.Menandakan butiran yang berkaitan

            3.Menandakan betul atau salah

            4.Menyusun gambar

            5.Mendengar dan memilih gambar

            6.Melukis bahan berbentuk gragik

            7.Mengisi jadual

            8.Teka siapa saya

  • Aktiviti mendengar yang memerlukan tindak balas lebih lama

            1.Menjawab soalan kefahaman

            2.Mencatat isi, mengulas dan membuat ringkasan

  • Aktiviti mendengar sebagai asas untuk belajar dan berbincang
       
     1.Mengkategorikan fakta
     2.Menilai perwatakan
     3.Mendengar untuk mencantum maklumat