REFLEKSI KEMAHIRAN BELAJAR
Kemahiran belajar merupakan subjek yang dipelajari untuk mendekatkan diri dengan teknologi yang semakin canggih kini. Pendapat tradisional yang dikutip dari Sadiman (2003:2), belajar ialah aktviti yang dilakukan untuk menambah dan mengumpulkan sejumlah pengetahuan manakala munurut Kamus Dewan Bahasa (Edisi ke-3), kemahiran ialah kecekapan atau kepandaian. Tambahan pula, menurut Abdul Razak Habib (2002), kemahiran belajar merujuk kepada gaya pembelajaran yang merangkumi motif dan strategi tertentu yang diamalkan oleh pelajar bagi memperolehi hasil pembelajaran tertentu.
Kerja kursus projek Kemahiran Belajar yang diperoleh adalah membuat ‘Blog’ dan pembentangan menggunakan ‘Slide Master’ dalam mana-mana aplikasi Powerpoint tetapi biasanya aplikasi Microsoft Powerpoint adalah yang mudah untuk digunakan. Kerja kursus yang diperoleh ini membantu saya supaya tidak ketinggalan zaman dengan arus teknologi yang semakin pesat ini. Sebelum mendapat kerja kursus ini, saya telah mempelajari bagaimana untuk membuat Blog dan Slide Master daripada pensyarah yang berdedikasi. Melalui kerja kursus ini, saya dapat mempelajari dan membuat Blog serta Slide Master walaupun sebelum saya belum pernah terlintas untuk mempelajarinya sebelum ini.
Blog adalah satu aplikasi yang asalnya adalah seperti forum yang digunakan bertujuan untuk politik tetapi lama-kelamaaan blog digunakan untuk menyampaikan maklumat dan berita. Tetapi kini blog dijadikan sebagai tempat untuk menjana pendapatan, menyampaikan ilmu, berkongsi cerita atau pengalaman dan sebagainya.
Blog sebenarnya adalah singkatan daripada perkataan “Web Log” iaitu sama seperti buku catatan atau buku log namun blog adalah aplikasi atas talian atau dikenali sebagai “online”. Blog dapat digunakan untuk pelbagai tujuan sama ada untuk perkongsian atau untuk mendapatkan keuntungan.
Kerja kursus projek membuat Blog dapat membantu saya berkongsi maklumat tentang apa sahaja yang saya pelajari di Institut Pendidikan Guru dengan semua orang termasuklah orang yang tidak mempunyai Blog iaitu sebagai ‘silent reader’ sahaja. Selain itu, maklumat yang dikongsi bukan sahaja berkait dengan silibus setiap mata pelajaran tetapi segala yang berkait dengan kehidupan yang dipelajari dapat dikongsikan bersama. Kadang kala, guru berkongsi cerita hidupnya yang mempunyai pelbagai pengajaran di dalam kelas dan saya dapat kongsikan dengan orang ramai melalui blog.
Saya juga dapat menambah kenalan sama ada yang menuntut di pusat pengajian yang sama atau tidak. Kenalan yang dikenali di dalam aplikasi ini dengan kenalan yang dikenali di pusat pengajian adalah orang yang berbeza dan sudah pastinya mempunyai buah fikiran dan idea yang berbeza-beza. Oleh itu, saya dapat mengembangkan pengetahuan dan ilmu saya dengan bertukar-tukar pendapat dan berbincang di dalam aplikasi ini kerana aplikasi ini menyediakan kolum untuk menghantar komen. Aplikasi ini juga terus ke email kita, jadi kita dapat berkongsi idea melalui email dan ia dapat menyenangkan kita dalam mengembangkan idea yang ada secara atas talian.
Dalam pada itu, Blog membantu saya dan pengguna Blog lain dalam melakukan setiap kerja dengan mudah dan cepat. Jika kita membantu orang lain, sudah semestinya orang lain akan membantu kita juga. Jika saya mempunyai sebarang persoalan, saya boleh bertanya terus kepada pemilik Blog tersebut tanpa mencari jalan penyelesaian yang susah dan sukar. Sudah semestinya persoalan itu akan terjawab dengan terang lagi bersuluh oleh sesiapa sahaja yang ditanya jika mereka mengetahui tentang perkara tersebut. Saya dapat menyiapkan kerja saya dalam masa yang ditetapkan dan kerja saya mempunyai maklumat yang lengkap seperti apa yang diminta oleh pensyarah kerana segala persoalan terjawab kerana dibantu.
Saya juga dapat berkongsi pengalaman saya ketika ingin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Saya dapat membantu pelajar lain yang ingin melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan Guru kerana saya sudah mengalami proses tersebut seperti menghadiri ujian kecergasan, temuduga dan sebagainya dengan memberitahu sedikit sebanyak daripada pegalaman yang telah saya tempuhi. Saya dapat berkongsi soalan-soalan yang pernah ditanya di dalam temuduga terbuka atau tertutup dan bagaimana proses tersebut berlaku. Saya juga dapat memberikan tips yang bermanfaat dan berguna kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi terutama ketika ingin menghadiri temuduga yang diadakan dimana-mana sahaja dan pelbagai jenis temuduga yang ada.
Selain itu, melalui blog saya dapat mengembangkan kepakaran saya berniaga. Saya dapat berniaga secara atas talian. Jadi, saya dapat menambah pendapatan saya di samping masa saya juga dapat diluangkan dengan perkara-perkara yang berfaedah mengikut minat saya. Oleh itu, orang ramai dapat membeli apa sahaja secara atas talian tanpa perlu ke kedai kerana kesuntukan masa. Dalam pada itu, saya dapat berniaga apa sahaja yang saya inginkan tanpa mengeluarkan duit yang banyak untuk menyewa kedai dan membeli peralatan untuk berniaga kerana perniagaan secara atas talian ini hanya dijalankan dirumah sahaja.
Tambahan pula, saya dapat berkongsi pelbagai aneka resepi sama ada lauk-pauk, kek, kuih dan air dengan pembaca lain. Resepi yang pelbagai dapat saya kongsikan kepada pembaca lain kerana saya suka memasak dan minat memasak saya dapat saya kongsikan dengan orang lain selain mengembangkan minat saya ini tanpa halangan daripada sesiapa sahaja. Saya perlu mempelbagaikan penulisan saya untuk mengelak pembaca berasa bosan berada di dalam blog saya. Blog yang mempunyai pelbagai maklumat akan menjadi tumpuan ramai pembaca dan impian saya untuk berkongsi apa sahaja dengan orang ramai menjadi kenyataan. Saya dapat membantu pelajar, suri rumah dan orang awam dengan hanya membaca blog saya.
Blog yang mempunyai gambar yang banyak menjadi pilihan utama daripada blog yang hanya mempunyai perkataan sahaja. Hal ini kerana, pembaca lebih meminati blog yang mempunyai gambar yang lebih menyenangkan dan menarik. Perkara ini dapat menarik pembaca sama ada kanak-kanak, dewasa mahupun yang telah berumur. Blog yang mudah difahami adalah lebi baik berbanding blog yang mempunyai ayat yang berjela-jela tetapi isinya hanya sedikit sahaja.
Slide master merupakan perisian yang terdapat di dalam Microsoft Powerpoint dan atau mana-mana aplikasi lain yang berkaitan dengan powerpoint sahaja. Slide Master merupakan aplikasi yang digunakan untuk membuat slide. Slide Master adalah aplikasi yang sama sahaja dengan slide biasa yang terdapat di dalam Microsoft Powerpoint ini. Walau bagaimanapun, penggunaan Slide Master adalah lebih cantik daripada slide biasa kerana Slide Master mempunyai banyak kelebihan.
Slide Master adalah salah satu aplikasi yang boleh digunakan untuk memudahkan apa sahaja kerja yang berkaitan dengan penggunaan slide. Slide Master membolehkan kita membuat slide mengikut citarasa sendiri dan jika tidak berpuas, hati kita boleh menyuntingnya dengan lebih mudah berbanding dengan slide biasa. Saya dapat mempelajari serta membuat Slide Master yang sangat sempurna dari segi kandungan dan keseluruhannya tanpa mengambil banyak masa. Saya juga dapat menyunting slide saya tanpa perlu mengganggu slide lain.
Penggunaan Slide Master adalah merupakan penggunaan yang giat digunakan oleh sesiapa sahaja yang tahu menggunakannya kerana penggunaan Slide Master akan menyerlahkan kredabiliti kita sebagai seorang bakal pendidik. Hal ini kerana, penggunaan Slide Master adalah lebih cantik dan kemas berbanding dengan penggunaan slide biasa. Selain itu, segala kerja yang berkaitan dengan powerpoint yang menggunakan Slide Master nampak lebih professional dan amat menarik perhatian. Kehebatan kita juga terserlah apabila kita melakukan pembentangan di hadapan guru-guru atau apa-apa sahaja aktiviti yang berkaitan dengan sekolah.
Pembelajaran di dalam kelas juga tidak ketinggalan untuk menggunakan Slide Master sebagai bahan pengajaran. Murid-murid tidak akan mengantuk dan bosan dengan pengajaran yang kita cuba sampaikan. Pengajaran yang disampaikan menarik dan akan menjadikan kita seorang guru yang berjaya mendidik anak-anak murid kerana mereka tidak membuat hal di dalam bilik darjah. Hal ini terbukti bahawa apabila menggunakan Slide Master semasa membuat pembentangan di dalam kelas, rakan seperjuangan lebih menumpukan perhatian berbanding sesiapa sahaja yang menggunakan slide biasa. Slide Master lebih menarik berbanding slide biasa kerana kita dapat mencipta slide yang mempunyai tema yang menarik dan tersendiri yang tidak membosankan.
Penggunaan gambar yang menarik, memasukkan video, muzik dan sebagainya di dalam Slide Master dapat membantu guru terutama guru tadika, guru pendidikan khas dan guru sekolah rendah untuk menarik minat murid-murid untuk belajar. Pemahaman yang mantap diperolehi kerana slide yang dibuat adalah ringkas tapi padat dengan pengisian dan mudah difahami dengan menggunakan gambar sebagai panduan yang jelas. Imaginasi murid-murid boleh berkembang dengan baik dan otak serta pemikirannya dapat berkembang dengan pesat. Penambahan gambar, video dan muzik lebih elok menggunakan slide master berbanding slide biasa kerana kesan daripada slide master adalah amat elok berbanding slide biasa.
Pengajaran menggunakan Slide Master adalah lebih mudah dan berkesan berbanding pengajaran menggunakan papan hijau atau papan putih. Zaman sekarang adalah zaman berteknologi tinggi, oleh itu kita hendaklah memanfaatkan teknologi demi kepentingan bersama terutama dalam mendidik anak bangsa yang akan menjadi pemimpin kelak. Penggunaan slide master lebih berwarna-warni dan dapat mengakses mana-mana pautan dengan mudahnya. Jikalau pada zaman dahulu, kita hanya menggunakan papan hijau atau putih yang hanya menggunakan pen papan putih yang hanya berwarna hitam, biru dan merah sahaja. Kini, kita menggunakan ‘Smart Board’ dan dapat memancarkan slide master yang dibuat. Kita dapat menconteng slide yang telah dibuat tanpa memberi apa-apa kesan kepada slide lain mahupun slide tersebut.
Jika kita terlibat dengan kursus atau memberi ceramah kepada pelajar atau guru-guru lain, kita juga boleh menggunakan slide master untuk menarik minat semua orang. Minat bukan hanya ada pada kanak-kanak tetapi sifat itu sudah pasti ada dalam diri setiap orang sama ada tua atau muda. Kursus dan ceramah bukan perlu disampaikan dalam bentuk yang mendayu-dayu dan membosankan tetapi sebenarnya perlu disampaikan dalam bentuk yang mudah diterima pakai. Hal ini kerana, dalam menyampaikan sesuatu ilmu, kita hendaklah mencuba sedaya upaya supaya ilmu yang disampaikan dalam dimanfaatkan oleh sesiapa sahaja untuk ke arah kebaikan didunia dan akhirat. Oleh itu, dengan menggunakan Slide Master kursus untuk menyampaian ilmu yang dijalankan telah berjaya jika semua orang menumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang diterangkan.
Teknologi terkini amat canggih kerana negara sedang berada di dalam proses membangun. Teknologi amat penting tetapi kita tidak boleh hanya melihat sebelah mata sahaja kerana teknologi kadang kala membawa masalah. Jika saya tidak mempunyai internet dan komputer, saya tidak dapat membuat Blog dan Slide Master kerana ketdua-dua aplikasi ini memerlukan kedua-dua alatan yang berkait dengan teknologi itu. Oleh itu, kita hendaklah mempunyai alatan yang utama bagi membuat Blog dan Slide Master.
Kini, teknologi tidak membataskan segala-galanya kerana dengan teknologi kita dapat mengembangkan kepakaran serta menjadikan hidup kita lebih teratur, kemas dan profesional. Blog dan Slide Master adalah antara aplikasi yang terhasil akibat pertembungan teknologi dengan pelbagai negara. Teknologi yang ada kini dapat membantu kita teruatama dalam bidang pendidikan dan kehidupan seharian. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran boleh dijalankan dimana-mana sahaja sama ada secara atas talian ataupun secara berhadapan asalkan ilmu yang ingin disampaikan sampai pada sesiapa sahaja yang diingini.
Kita tidak memerlukan duit yang banyak untuk berkongsi ilmu tetapi kita hanya memerlukan idea dan ilmu yang mantap supaya ilmu yang dikongsi bermanfaat kerana penghasilan blog dan Slide Master tidak dikenakan sebarang bayaran. Penggunaan blog dan Slide Master amat berguna kepada saya kini sebagai seorang pelajar dan untuk masa akan datang apabila sudah bergelar seorang guru.
No comments:
Post a Comment